
SELAMAT TERSEDAR AWAL

BERKONGSI KEGEMBIRAAN

Gurusamy kandasamy
berumur 20 tahun,bagi penulis,malaysia telah hadir 1 bakat midfield yang paling ok buat sementara ni..sejak pertama kali melihat gurusamy ni bermain,,perasaan hati memang tertumpu,tenaga,ketenangan mengawal bola,hantaran tepat, semuanya bagi penulis adalah pemain tengah paling berharga malaysia buat sementara ni..
sukan sea laos yang lepas,,gurursamy ni,bak enjin yang lemah tetapi dijalankan juga...dan hasilnye enjin tadi berjaln dengan lancar sekali,,umur yang muda memiliki corak pemainan sebegitu rupa,,bagi penulis adalah yang cukup terbaik..
soalnye sampai bila pemain tengah seperti ini dapat terus bermain dengan komitmennye??adakah peningkatan umur akan menyebabkan segalanye hancur?harap di masa akan datang bola sepak akan hadir lagi bakat-bakat seperti ini.kerana bola sepak malaysia memang memerlukan bakat seperti gurusamy,muslim ahmad,mahali jasuli,shakir ali dan sebagainya..diharapkan sukan bola sepak dimalaysia akan terus maju seiring pembangunan yang dibuat dinegara malaysia yang tercinta ini.
MALAYSIA OWH TANAH AIRKU....
1 MALAYSIA
3 VIETNAM
Hari berganti hari,masa berganti masa,jurulatih ditukar,elaun dinaikan,prasarana diperbaiki,stategy dibaiki,pembangunan diperbaiki,masalah diatasi,semua nye masih gagal menjelaskan ape sebab penyebab disebalik kegagalan kita ketika ini..
Mungkinkah kita memang suka menjadi sebegini,,ibarat sang harimau diperlekehkan,,blog blog luar serantau kita sibuk mengutuk tanah air kita,,mengatakan kita ni lemah,tidak terdaya,mungkin ade setengah pihak mengatakan ianye tidak...tapi sedarlah sebenarnya kita adalah sedemikian...ade setengah pihak mengatakan sukan bola sepak negara sudah hancur,,ade juga mengatakan dalam pembangunan,dan macam macam lagi kata dan pendapat..sampai bila kita hanya mampu berkata- kata??
Harapan penulis disini agar biarlah kekalahan kekecewaan ini berlalu,dan jangan biarkan ia berulang,kerana ianya maruah negara yang patut dipertahankan seperti hang jebat dan hang tuah mempertahankan negeri melaka..bagi penulis,,sokongan padu tetap diberi,macam mana pun buruk MY COUNTRY IS MY COUNTRY....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Hari raya aidiladha atau hari raya haji merupakan,merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia.aidiladha disambut pada hari kesepuluh,kesebelas,dua belas dan tiga belas pada bulan zulhijjah setiap tahun,bermula dengan takbir aidiladha pada malam 10 zulhijjah,diikuti dengan solat sunat aidiladha serta khutbah aidiladha di pagi 10 zulhijjah,sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan samada pada 10,11,12 atau ke 13 zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim dalam menunaikan perintah allah dan kesabaran anaknye dalam memenuhi perintah allah s.w.t..Dari segi bahasa,korban bermaksud dekat,dari segi istilah pula,ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah allah kerana ingin mendekatkan diri kepadanya.Pada hari raya orang islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian.
Berkesempatan pada bulan zulhijjah ini,,editor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca atau pelawat laman sesawang ini.diharapkan hari haya ini dapat memberi seribu makna dan mendatangkan keinsafan dalam diri kita sebagai manusia biasa didunia milik allah s.w.t ini.





