
Hari raya aidiladha atau hari raya haji merupakan,merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia.aidiladha disambut pada hari kesepuluh,kesebelas,dua belas dan tiga belas pada bulan zulhijjah setiap tahun,bermula dengan takbir aidiladha pada malam 10 zulhijjah,diikuti dengan solat sunat aidiladha serta khutbah aidiladha di pagi 10 zulhijjah,sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan samada pada 10,11,12 atau ke 13 zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim dalam menunaikan perintah allah dan kesabaran anaknye dalam memenuhi perintah allah s.w.t..Dari segi bahasa,korban bermaksud dekat,dari segi istilah pula,ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah allah kerana ingin mendekatkan diri kepadanya.Pada hari raya orang islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian.
Berkesempatan pada bulan zulhijjah ini,,editor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca atau pelawat laman sesawang ini.diharapkan hari haya ini dapat memberi seribu makna dan mendatangkan keinsafan dalam diri kita sebagai manusia biasa didunia milik allah s.w.t ini.


